Cokmar

Tumpuan cokmar Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, adalah pada sebentuk permata yang bertatahkan emas lapan segi meruncing ke atas sebagai lambang tertubuhnya sebuah universiti cemerlang yang ke-8 di Malaysia. Ia juga mencerminkan iltizam universiti terhadap keilmuan yang tinggi dan meningkatkan kualiti budaya bangsa. Bermula dengan kalimah “Bismillah” dan surah “al-Alaq” ia mencerminkan konsep Islam sebagai agama rasmi yang menjadi pedoman umat manusia dalam menuntut ilmu. Diikuti pula dengan empat belas lambang negeri di Malaysia dan lambang Kerajaan Persekutuan yang mewakili sebuah negara beraja yang teguh, stabil, dan makmur menjadi naungan kepada UNIMAS.

Permukaan cokmar ini diukir secara halus bermotifkan corak tenunan UNIMAS yang mencerminkan sifat kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan kesarjanaan. Permata emas tersebut diapung oleh empat sangga berukir awan larat yang bersalut emas melambangkan pendidikan untuk keterampilan, beriltizam memupuk budaya pembelajaran, mengaplikasi kepakaran dan memikul tanggungjawab serta bertanggungperi.

Tiga bahagian pergelangan emas yang tersemat kemas dan erat pada cokmar tersebut mewakili fakulti, institut dan pusat yang menawarkan pelbagai bidang pengajaran dan pembelajaran di UNIMAS. Kesinambungan daripada itu, ukiran lima lilitan yang beralun, melambangkan paradigma baru universiti gelombang kelima yang bersifat strategik dan inovatif yang menjaminkan mutu dan amalan intelek secara maksimum.

Cokmar ini diperbuat daripada perak 92.5 sterling berukuran 135.5 sentimeter panjang.

Rekabentuk Cokmar ( 1997) oleh
Prof Madya Dr Hj Khairul Aidil Azlin Abd Rahman

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store