Jubah Akademik

Jubah Akademik UNIMAS dibuat oleh pengusaha tempatan. Warna jubah: biru bagi prasiswazah, merah bagi pascasiswazah menandakan kelulusan akademik pemakai. Bahagian hadapan lapel jubah bertenunkan songket. Corak yang terdapat pada lapel songket ialah gabungan beberapa elemen etnik tempatan untuk menghasilkan corak UNIMAS yang unik.

Bunga pecah lapan mencerminkan lapan buah fakulti yang telah tertubuh di UNIMAS selain bermaksud UNIMAS merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di negara ini. Bunga ini menandakan UNIMAS sentiasa subur dan dinamis. Tertumbuhnya dari satu rumpun membawa erti bahawa bahagian-bahagian UNIMAS sentiasa bersepadu dan berganding bahu, bekerjasama ke arah mencapai misi korporat UNIMAS. Bunga pecah lapan itu dipagari di setiap sisinya oleh dua tingkat corak pucuk rebung. Tingkat pertama melambangkan masyarakat dan industri tempatan yang menentukan kerelevanan UNIMAS. Manakala tingkat kedua melambangkan dunia luar antarabangsa yang universiti harus peka dengan segala perkembangannya demi memastikan UNIMAS sebuah institusi global yang mementingkan kualiti tinggi dan kecemerlangan.

Gubahan di atas diiringi pula oleh elemen ukiran tempatan yang melambangkan bahawa UNIMAS sebuah universiti berbudaya dan kewujudannya dicorakkan oleh nilai-nilai murni dan ketimuran.

Rangkaian bentuk huruf ā€˜Sā€™ di sepanjang kiri kanan lapel menandakan UNIMAS sebuah universiti gelombang baru yang sentiasa luwes sifatnya dan bersedia menangani perubahan yang tidak terduga. Bentuk huruf itu juga, menunjukkan lokasi UNIMAS di negeri Sarawak, sebuah negeri yang dinamis pembangunannya, dan UNIMAS mengambil manfaat daripada kekayaan dan kekuatan lokasi ini.

Taburan tiga warna korporat UNIMAS ā€“ biru, kuning emas dan merah pada bunga-bunga pecah lapan, melambangkan kecemerlangan dalam ketiga-tiga urusan teras universiti: pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store