Kerusi Canselor

Kerusi Canselor ini direka khas oleh kumpulan pereka Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS untuk kegunaan Majlis Konvokesyen UNIMAS.kerusi Dengan menggunakan kombinasi bahan kaca dan besi, ia direka bersama dengan beberapa unit perabot lain seperti kerusi Pro-Canselor, Rostrum dan Meja Cokmar.

Struktur utama kerusi ini adalah terdiri daripada bahagian badan dan kaki serta bahagian penyandar belakang. Terdapat lapan tingkat kaca yang menjadi pendukung utama tempat duduk dan penyandar yang mewakili lapan fakulti di UNIMAS.

Pada bahagian atas penyandar diletakkan logo UNIMAS dengan menggunakan teknik sandblast. Teknik yang sama digunakan untuk motif tumbuhan pada bahagian tepi penyandar dan hiasan hadapan kaki. Warna biru mewakili warna korporat UNIMAS, digunakan sebagai balutan kusyen yang dibuat dengan mengambil kira faktor keselesaan yang maksimum.

Pereka Kerusi Canselor (1997)
Prof Madya Dr Hj Khairul Aidil Azlin Abd Rahman
Dr Nazlina Shaari
Dr Saiful Bahari Mohd Yusof
En Isradzi Sarbini

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store