2. Panduan Graduan

 

2.1 Graduan diminta melapor diri kepada pegawai bertugas di lokasi dan pada masa yang ditetapkan sebelum majlis bermula. Graduan yang gagal mematuhi masa yang ditetapkan tidak akan dibenarkan naik ke pentas untuk menerima ijazah.

2.2 Sila ikut arahan yang diberikan oleh pegawai bertugas mengenai susunan perarakan dan tempat duduk. Susunan tersebut mempunyai kaitan dengan giliran nama graduan naik ke pentas untuk menerima ijazah.

2.3 Slip Barcode akan diberi kepada graduan berdasar susunan perarakan dan tempat duduk dalam Dewan.

2.4 Perarakan masuk ke dalam Dewan Arena Gemilang, DeTAR PUTRA akan dimaklumkan semasa sesi taklimat raptai. Graduan dilarang keluar daripada barisan atau bertukar tempat sepanjang sidang berlangsung.

2.5 Apabila perarakan sampai di pintu Dewan Arena Gemilang, graduan diminta menunggu pengumuman oleh Pengacara Majlis bagi mempelawa masuk ke dalam dewan.

2.6 Graduan diminta untuk mengambil tempat duduk seperti di Lampiran.

2.7 Graduan diminta BERDIRI dan berbaris di sebelah kiri pentas sebelum Dekan/Pengarah mempersilakan Tuan Yang Terutama Tun Canselor/Yang Amat Berhormat Pro Canselor/Yang Berbahagia Pro Canselor untuk menganugerahkan Ijazah kepada graduan berkenaan. Sila ikut arahan pepandu masing-masing seperti di Lampiran.

2.8 Apabila Dekan membuat pengumuman, graduan diminta naik ke atas pentas dan berhenti pada kedudukan yang ditetapkan. Serahkan slip barcode kepada pegawai yang bertugas dan tunggu sehingga nama anda dibacakan.

2.9 Ketika nama dipanggil, graduan diminta berjalan terus ke arah Tuan Yang Terutama Tun Canselor/Yang Amat Berhormat Pro Canselor/Yang Berbahagia Pro Canselor, tunduk sebagai tanda hormat dan hulur tangan untuk menerima Ijazah dengan kedua belah tangan dan beri ucapan “TERIMA KASIH TUN/TERIMA KASIH

2.10 Istiadat sembah kepada Tuan Yang Terutama Tun Canselor/Yang Amat Berhormat Pro Canselor/Yang Berbahagia Pro Canselor/Yang Berbahagia Naib Canselor sama ada ketika menerima atau selepas menerima Ijazah adalah TIDAK DIBENARKAN. Saudara/saudari juga tidak perlu berjabat tangan, memadai dengan perbuatan tunduk tanda hormat KECUALI jika sekiranya Tuan Yang Terutama Tun Canselor/Yang Amat Berhormat Pro Canselor/Yang Berbahagia Pro Canselor/Yang Berbahagia Naib Canselor menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

2.11 Penganugerahan Ijazah akan disempurnakan oleh sama ada Tuan Yang Terutama Tun Canselor atau Pro Canselor atau Naib Canselor.

2.12 Sekiranya penganugerahan Ijazah disempurnakan oleh Pro Canselor, protokol adalah sepertimana protokol Tuan Yang Terutama Tun Canselor.

2.13 Berjalan terus untuk turun dari pentas dan balik ke tempat duduk masing-masing. Aliran perjalanan turun dari pentas adalah seperti di Lampiran.

2.14 Graduan adalah TIDAK DIBENARKAN untuk keluar dari dewan sehingga selesai Majlis Konvokesyen.

2.15 Maklumat terkini boleh diperolehi di Laman Rasmi Konvokesyen UNIMAS di pautan http://www.unimas.my/convocation/.

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store