• Laman Utama
  • Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dan Pendaftaran Alumni

 

7. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Dan Pendaftaran Alumni

 

7.1 Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan pengalaman graduan terhadap beberapa aspek berkaitan dengan program pengajian, kemudanan dan perkhidmatan yang disediakan semasa mengikuti pengajian. Ia diwujudkan sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memajukan lagi sistem pendidikan negara. Selain daripada itu, UNIMAS juga ingin mengetahui bagaimana graduan memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklumbalas graduan yang tepat amat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada Kementerian dan UNIMAS.

7.2 Pendaftaran Alumni bertujuan untuk mengemaskini maklumat graduan dalam pangkalan data UNIMAS. Maklumat ini akan digunakan untuk menghubungi alumni UNIMAS bagi sebarang aktiviti alumni juga peluang kerjaya.

7.3 Graduan DIWAJIBKAN untuk mengisi dan melengkapkan dengan sempurna Borang Kajian Pengesanan Graduan IPTA 2016 dan Pendaftaran Alumni (secara atas talian). Graduan PERLU mencetak kedua-dua slip Kajian Pengesanan Graduan dan Pendaftaran Alumni dan menyerahkan kedua-dua slip ini di Fakulti masing-masing dalam tempoh peminjaman jubah yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan untuk meminjam jubah. Sila rujuk Jadual Tarikh Penting dan Carta Alir Proses Mendapat Pengesahan Slip Pengesanan.

7.4 Borang Kajian Pengesanan Graduan boleh dicapai melalui laman http://graduan.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2016 manakala pendaftaran alumni di laman www.alumni.unimas.my.

7.5 Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil jubah bagi pihaknya hendaklah MEMASTIKAN borang kajian dan pendaftaran alumni dilengkapkan dengan sempurna terlebih dahulu.

7.6 Sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila hubungi dengan En Mohd Nasir Dan di talian 082-581865 . Untuk pertanyaan mengenai Pendaftaran Alumni, sila hubungi Puan Maizatulakman Roslee di talian 082-581801 atau Cik Winnie Martha Madin di talian 082-581843.

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store