• Laman Utama
  • Tuntutan Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik

 

10. Tuntutan Sijil Ijazah Dan Transkrip Akademik

 

10.1 Graduan boleh menuntut sijil Ijazah/transkrip masing-masing sebaik sahaja selesai sidang Majlis Konvokesyen tertakluk kepada graduan telah mengembalikan jubah/mortar board/beefeater dalam keadaan sempurna dan telah menjelaskan semua hutang dengan UNIMAS.

Tuntutan Sijil Ijazah/transkrip boleh dibuat di lokasi dan pada tarikh seperti berikut;

Ijazah/Transkrip  Tarikh  Lokasi Tuntutan
Ijazah Sarjana Muda

14 hingga 25 November 2016 Bilik Jubah, DeTAR PUTRA
Bermula 28 November 2016 Kaunter Bahagian Pengajian Prasiswazah,
Aras G, Bangunan Canselori

Sarjana dan PhD
14 & 15 November 2016 Bilik Jubah, DeTAR PUTRA
Bermula 16 November 2016 Pusat Pengajian Siswazah

10.2 Graduan bertanggungjawab memastikan sijil Ijazah/transkrip dan lain-lain dokumen adalah dalam keadaan sempurna sebelum meninggalkan kaunter. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan selepas daripada itu.

10.3 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan ke atas sijil/transkrip selepas tempoh tersebut.

10.4 Graduan yang tidak dapat hadir untuk menuntut sijil Ijazah/transkrip boleh:

i. Memberi surat kuasa kepada wakil beserta salinan kad pengenalan wakil. Wakil graduan bertanggungjawab memastikan sijil Ijazah, transkrip akademik dan lain-lain dokumen adalah dalam keadaan sempurna sebelum meninggalkan kaunter. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan ke atas sijil Ijazah/transkrip saudara/saudari selepas itu.

ii. Mengemukakan permohonan melalui surat kepada Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengajian Prasiswazah atau Timbalan Pendaftar Pusat Pengajian Siswazah. Sila sertakan bayaran Yuran Graduasi (sebanyak RM100.00) melalui kiriman wang atas nama BENDAHARI UNIMAS. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa proses penghantaran. Semua urusan penghantaran sijil Ijazah/transkrip akan dibuat melalui surat berdaftar/courier service.

10.5 Graduan yang masih berhutang dikehendaki menjelaskan semua hutang dengan UNIMAS terlebih dahulu sebelum sijil Ijazah/transkrip dihantar.

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store