9. Yuran Konvokesyen

 

9.1 Yuran konvokesyen adalah seperti pecahan berikut:

Jenis Yuran Kadar (RM)
Yuran Graduasi
Sewa Jubah Akademik/Mortar Board/Beefeater
(Rujuk Perkara 5: Pakaian Graduan)
100.00
60.00
Jumlah 160.00

9.2 Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen MESTI menjelaskan kesemua bayaran yang dinyatakan di atas.

9.3 Graduan yang tidak hadir ke Majlis Konvokesyen hanya perlu menjelaskan Yuran Graduasi sahaja sebanyak RM100.00. Walau bagaimanapun, sijil ijazah/transkrip hanya akan diserahkan setelah pihak Universiti berpuas hati graduan berkenaan telah menyelesaikan semua hutang tertunggak (jika ada).

9.4 Kaedah Bayaran

      i. Tunai/kad kredit/kad debit di Unit Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari

      ii. Pembayaran secara e-Payment UNIMAS melalui pautan berikut: https://payportal.unimas.my/epayment/

Bagi graduan yang telah membuat pembayaran, sila bawa salinan slip deposit tunai/cetakan bukti pembayaran semasa pengambilan jubah. Pembayaran boleh dibuat mulai 9 Oktober 2017 dan selewat-lewatnya pada 5 November 2017. Unit Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja. Graduan diingatkan untuk membuat pembayaran yuran dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store