• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

A

UNIMAS Bakal Miliki Pusat Proses Hampas Sagu

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal memiliki pusat pemprosesan hampas sagu mereka sendiri yang dijangka akan memulakan operasinya pada Februari tahun hadapan.Profesor Bioproses Teknologi Unimas, Dr Kopli Bujang berkata, pusat pemprosesan sagu berkenaan akan dikendalikan oleh Unimas sendiri yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Pusat pemprosesan sagu berkenaan dijangka akan bermula Februari tahun depan kerana ia melibatkan satu proses yang agak lama untuk dilakukan,” katanya selepas majlis perasmian Simposium Sago Asean Pertama di sini, semalam.

Menurut beliau, setakat ini proses pembinaan bangunan sedang dilakukan sementara mesin-mesin dan kemudahan yang digunakan dijangka akan tiba pada Disember tahun ini atau Januari tahun hadapan.

“Pusat pemprosesan sagu berkenaan akan memfokuskan pengeluaran hampas sagu yang boleh dijadikan gula dan etanol untuk bahan bakar (biofuel).

“Pengeluaran gula berkenaan juga bagi menampung kekurangan gula daripada tebu serta gula import,” kata Kopli yang juga pengerusi Penganjur Simposium Sago Asean pertama.

Beliau turut memberitahu kos keseluruhan pusat penanaman Sagu Unimas adalah berjumlah RM11.6 juta yang diperuntukkan oleh MOSTI bagi geran komersial bebas.

“RM5 juta daripada jumlah tersebut digunakan bagi mesin-mesin serta kemudahan sementara RM1 juta lebih pula bagi pembinaan bangunan dan bakinya pula untuk gaji kakitangan serta komponen bahan kimia,” kata beliau.

Selain pengeluaran gula dan biofuel, hampas sagu juga kata Kopli boleh digunakan untuk Asid Laktik untuk produk komersial seperti ‘make-up’, makanan minuman dan banyak lagi.

“Namun, buat masa sekarang Unimas menumpukan mengenai pengeluaran bahan bakar dan pengeluaran gula yang akan dikendalikan oleh beberapa fakulti seperti Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Seni Kreatif serta Fakulti Kejuruteraan, Unimas,” katanya.

Menurut beliau sebelum ini pihak Unimas menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran gula daripada tepung kanji, namun ia tidak beretika dan mapan justeru kini mereka menumpukan pengeluaran gula berasaskan hampas sagu.

“Kajian terbaru mendapati 60 peratus gula dapat dihasilkan daripada hampas sagu”.

Sementara itu, Lembaga Pengarah Unimas Tan Sri Bujang Mohd. Nor berkata, Simposium Sagu Asean Pertama yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) merupakan wadah yang amat baik untuk menggalakkan perbicangan yang berkaitan serta mewujudkan rangkaian dikalangan penyelidik.

“Dalam meningkatkan penyelidikan dan mempercepatkan proses pembangunan sagu di negeri ini semua penyelidik harus membincangkan dengan segera hasil penyelidikan mereka antara satu sama lain,” katanya.

Justeru kata beliau, symposium sebegini diharap dapat membuahkan hasil dan mewujudkan rangkaian kerjasama antara penyelidik bukan sahaja dari Malaysia malahan dari luar negara.

Simposium selama dua hari yang bermula semalam merupakan anjuran Unimas dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia, Universitas Mulawarman Samarinda dan Universiti Agrikultur Bogor (Indonesia) dan New Century Fermentation Research, Jepun.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Unimas Profesor Dr Fatimah Abang, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dr Peter Songan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesor Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman.

News Taken From : The Borneo Post Online, Friday, October 30th, 2009

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2014 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Tuesday 25 November 2014.

Jom Masuk U Ministry of Finance JPA Malaysian Government MSC MyIDEAS 1Malaysia krste myhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Portal Guidelines | Feedback

Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 2574703