• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 Keyakinan Kerajaan Terhadap Keupayaan UNIMAS

naib canselor
Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Kota Samarahan, 9 Oktober : Semua staf haruslah bekerjasama dan mempunyai sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan autonomi untuk UNIMAS merupakan seruan YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kepada para staf akademik dalam satu majlis taklimat berkenaan “Autonomi UNIMAS” yang diadakan di Auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik pagi tadi.

UNIMAS merupakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ke-8 di Negara ini yang telah diberi status autonomi. Status yang telah dianugerahkan pada 22 April 2014 ini memberi  lebih ruang dalam aspek tadbir urus kepada universiti untuk melaksanakan pelbagai program pengembangan ilmu dan peningkatan kualiti pendidikan di samping peluang untuk menjana pendapatan.

Status autonomi IPTA adalah berkaitan dengan tadbir urus IPTA yang baik dan penurunan kuasa dalam membuat keputusan utama kepada universiti yang tertakhluk kepada arahan dan peraturan Kerajaan tanpa menjejaskan peruntukan Kerajaan. Kuasa autonomi di berikan dalam 4 bidang iaitu governan institusi, pengurusan kewangan serta penjanaan kekayaan, pengurusan sumber manusia dan akademik.

“Secara tidak langsung, pemberian status autonomi ini merupakan keyakinan kerajaan terhadap keupayaan dan kepertanggungjawaban UNIMAS dalam mentadbir urus dengan penuh integriti dan cemerlang.” Tambah beliau lagi.

“Pada masa yang sama, semua staf juga harus bekerjasama untuk mantapkan bidang pengajaran, penyelidikan dan kesarjanaan universiti seiring dengan pelaksanaan autonomi ini,”Ujar beliau.

Artikel : Yulhardy Budiman || Foto : Bujang Mohamad

 MASNITA adakan kunjungan hormat

masnita 1

masnita 2

KOTA SAMAHARAN, 9 Oktober : Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) telah melakukan kunjungan hormat kepada isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Astana Negeri Sarawak pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad bersama-sama dengan lebih tiga puluh orang ahli persatuan tersebut.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan MASNITA telah berkesempatan mengadakan sesi perbincangan dengan Toh Puan Ragad Kurdi Taib  selama lebih kurang satu jam.

Selepas mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, rombongan MASNITA turut mengadakan kunjungan hormat dengan isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Jamilah Haji Anu di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Dalam kunjungan itu, rombongan telah dijemput untuk menyertai makan tengahari bersama Datin Patinggi Dato Jamilah serta mengadakan dialog ringkas tentang peranan dan sumbangan persatuan wanita di negeri ini.

Dalam dialog tersebut, Datin Patinggi Dato Jamilah menyeru ahli-ahli MASNITA supaya terus aktif dan bekerjasama dengan badan-badan serta persatuan sukarelawan lain dalam menyumbang bakti kepada masyarakat terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara meskipun turut menyandang peranan sebagai pekerja, isteri mahupun seorang ibu.

Sementara itu, Datin Kartini semasa ditemui memberitahu tujuan kunjungan hormat adalah sebagai memperkenalkan MASNITA kepada Toh Puan Sri Ragad Waleed dan Datin Patinggi Dato Jamilah.

Beliau berkata, MASNITA yang dianggotai oleh golongan wanita rata-rata dari warga UNIMAS sendiri, akan terus aktif dalam penganjuran program dan program kemasyarakatan.

Beliau juga berharap supaya lebih ramai ahli MASNITA pada masa akan datang dan meminta supaya semua ahli sentiasa bekerjasama demi meningkatkan peranan persatuan tersebut dari masa ke semasa.

MASNITA telah ditubuhkan pada 7 Februari 2001 dengan objektif utama untuk menjadi satu badan yang mewakili staf UNIMAS dan isteri staf UNIMAS, menjadi badan perundingan untuk kepentingan ahli, menganjur dan mengalakkan minat untuk pembangunan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial.

Selain itu, MASNITA juga berperanan untuk memelihara konsep, dasar dan matlamat UNIMAS, memberi sumbangan untukperkembangan dan kemajuan universiti ini serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa UNIMAS dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

Artikel : Sarena haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Persatuan Pengurus UNIMAS adakan Program Ibadah Korban



Tak lupa tanggungjawab



Pelajar kejuruteraan perlu perlengkapkan diri dengan pengetahuan luas

FK week 9420141008

KOTA SAMARAHAN, 8 Oktober : Program Minggu Kejuruteraan UNIMAS 2014 telah dirasmikan oleh Menteri Muda Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, hari ini.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Pemangku Dekan Fakulti Kejuruteraan, Dr. Hushairi Zen, Pengarah program, Syed Muhammad Hamdi Syed Ahmad, pelajar dan staf UNIMAS.

Datuk Haji Mohd Naroden yang juga merangkap Menteri Muda Perancangan Sumber dalam ucapan berkata jurutera haruslah mempunyai pengetahuan yang luas khususnya dalam bidang yang diceburi.

Beliau berkata, selain ilmu pengetahuan, seseorang jurutera juga perlu memiliki ciri positif seperti tidak mudah berputus asa, bertanggungjawab, berkepimpinan serta kemahiran komunikasi yang baik.

“Tugas jurutera adalah membangunkan ilmu, menggunakan ilmu dan mengembangkan ilmu dalam kerjayanya. Tanpa disiplin ilmu, seseorang itu tidak dapat dipanggil jurutera,” katanya lagi.

Datuk Haji Naroden turut berharap pelajar UNIMAS dapat mencapai cita-cita mereka untuk menjadi jurutera sekaligus menyumbang tenaga di dalam pembangunan negara.

“Jurutera-jurutera yang berkaliber serta berkemahiran tinggi amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Saya percaya dan yakin bahawa UNIMAS mampu melahirkan ramai jurutera yang inovatif dan kreatif serta berdaya saing untuk tujuan pembangunan negara,” katanya lagi.

Sementara Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim memberitahu program berkenaan yang diperkenalkan sejak tiga tahun lepas merupakan kerjasama di antara Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, IEM Cawangan Sarawak, IEM G&S Cawangan Sarawak dan Persatuan IEM-UNIMAS Student Section UNIMAS.

Katanya, dengan tema ‘Explore the future’, program tersebut bertujuan untuk membawa pelajar kepada dunia kejuruteraan yang melibatkan industri dan organisasi dengan lebih dekat.

Beliau berkata, sepanjang program tersebut berlangsung pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya pameran kereta, Icon Engineers, Hari Islam bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bertajuk “The Secret of Furqan: Islam, Science and Technology, RC Flying, Rocket Launcher, futsal dan sebagainya.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Az;andy Mohammid Ali Tuah

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2014 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 23 October 2014.

Jom Masuk U Ministry of Finance JPA Malaysian Government MSC MyIDEAS 1Malaysia krste myhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Portal Guidelines | Feedback

Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 2457722