|
Pemilihan MPP UNIMAS (e-Voting), Sesi 2009/2010 |
|
|
|
|
Saturday, 23 January 2010 00:24 |
|
Sukacita dimaklumkan bahawa Pemilihan Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS bagi Sesi 2009/2010 akan diadakan seperti butiran dibawah:
Tarikh: 28 Januari 2010 (Khamis) Masa: 9.30 pagi - 8.00 malam Tempat: Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Buat julung kalinya pengundian calon-calon yang bertanding akan dibuat menggunakan sistem e-Voting. Sehubungan itu, pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS memohon kerjasama semua pelajar untuk turun mengundi pada tarikh yang dinyatakan di atas. Pelajar juga dikehendaki untuk membawa bersama kad pengenalan dan kad matrik untuk tujuan pendaftaran.
Kerjasama dan sokongan pelajar dalam pelaksanaan proses pemilihan ini selaras dengan kehendak dan peraturan AUKU yang wajib dilaksanakan oleh UNIMAS adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
b/p Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS
>> Sila klik di sini untuk mendapatkan Tarikh-tarikh Pencalonan Ahli MPP UNIMAS 2010
|