News @ UNIMAS

Pengambilan Pelajar Melalui Saluran Kedua Sesi 2010/2011 PDF Print E-mail
Friday, 05 February 2010 16:29

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang layak untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan sesi 2010/2011 seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
Program:
•    Bioteknologi Sumber
•    Kimia Sumber
•    Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
•    Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan
•    Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian

Program:
•    Kejuruteraan Perisian
•    Pengkomputeran Rangkaian
•    Sistem Maklumat
•    Sains Komputan
•    Pengkomputeran Multimedia  


SYARAT  AM UNIVERSITI
1.    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau setaraf dengannya pada tahun 2005 atau sebelum tahun 2005.
2.    Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
3.    Pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon.
4.    Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
5.    Lulus temuduga yang akan diadakan oleh Unimas.


SYARAT KHAS PROGRAM
Keutamaan diberikan kepada calon-calon berikut:
i.    Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
Kepujian yang baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.


MAKLUMAT TAMBAHAN

1.    Calon yang memohon melalui Saluran Kedua adalah TIDAK DIBENARKAN membuat permohonan yang sama melalui Bahagian Pengurusan dan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP, IPT), Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.    Calon  GURU  yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, calon yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma TIDAK DIBENARKAN memohon melalui Saluran Kedua dan dikehendaki memohon melalui BPKP, IPT.


PROSEDUR  PERMOHONAN
Borang Permohonan berharga RM10.00 boleh diperolehi di Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPs), Universiti Malaysia Sarawak
atau
memohon melalui pos dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri berukuran 32sm x 28sm dan bersetem RM1.00 dan menyertakan Wang Pos/Kiriman Wang Pos bernilai RM10.00 atas nama Bendahari UNIMAS.  Sampul surat memohon borang tersebut hendaklah ditulis (Kemasukan Saluran Kedua) di bahagian penjuru atas sebelah kiri sampul.


TARIKH  TUTUP  PERMOHONAN
Semua borang permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum  1 Mac 2010 dan dialamatkan kepada:

Pendaftar
Bahagian Pengajian Prasiswazah
(Unit Pengambilan dan Kemasukan)
Aras G, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN

Tel : 082-581000 Samb: 1090, 1060 & 1167
Fax : 082-581048


http://www.unimas.my