Fotografi Graduan

 

PAKEJ YANG DISEDIAKAN

RM100 - (11X14", 8X10", 8X10", + CD untuk 3 gambar)

11"X14"
8"X10"
8"X10"
Gambar atas pentas.
Gambar atas pentas.
Gambar studio.

 

PEMBAYARAN

1. Pembayaran hendaklah dibuat oleh graduan dan menyimpan resit sehingga foto konvokesyen telah diterima.

2. Graduan perlu menyimpan resit pembayaran sebagai bukti bagi tujuan pengambilan dan penerimaan foto konvokesyen. .

3. Terdapat 2 kaedah pembayaran iaitu:

3.1 KAEDAH 1 (ATAS TALIAN):
Pembayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan yang boleh diakses menerusi pautan JomPay. Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:

            Company Reg No : 727487-D
            Biller : UNIMAS HOLDINGS SDN BHD
            Biller Code : 31369
            Biller Code Name : UHSB – CONVO 23, 2019
            Ref-1 : No. Matrik
            Ref-2 : No. Telefon
            Product Name : UHSB – CONVO 23, 2019


Setelah urusan selesai, graduan dikehendaki menyimpan dan mencetak resit sebagai bukti pembelian.

*Sila rujuk User manual - Sistem Foto Graduan





3.2 KAEDAH 2 (KAUNTER):
Graduan boleh menggunakan perkhidmatan kaunter UNIMAS OFFICIAL PHOTOGRAPHER yang disediakan untuk tujuan pembayaran perkhidmatan fotografi yang dibuka.

Selepas pembayaran, graduan hendaklah mendapatkan resit daripada AJK bertugas dan menyimpan resit pembelian tersebut untuk tujuan pengambilan/tuntutan foto.

.

*Graduan digalakkan untuk membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan atas talian bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan masa pembelian di kaunter adalah TERHAD.

 

SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

1. Graduan tidak dibenarkan mengambil foto atau meminta orang lain berbuat demikian untuk pihaknya semasa sidang berlangsung.

2. 3 orang jurufoto profesional yang dilantik oleh UNIMAS akan mengambil foto dari sudut kanan pentas ketika graduan berada di atas pentas.

3. Graduan perlu MEMASTIKAN:

- Rambut panjang diikat rapi dan kemas atau menggunakan klip bahagian sisi kanan.
- Mata terbuka
- Senyum

*PERKARA INI ADALAH SERIUS! PIHAK JK FOTOGRAFI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KECELAAN PADA FOTO YANG MELIBATKAN KECUAIAN SENDIRI OLEH GRADUAN TIDAK AKAN DITANGGUNG.

4. Selepas turun dari pentas, graduan akan melalui satu sesi fotografi untuk studio di sudut yang disediakan dengan gaya sendiri. (Freestyle: boleh rujuk contoh foto).

 

KUTIPAN GAMBAR

1. Graduan hendaklah menunjukkan resit sebagai bukti pembelian semasa menuntut foto konvokesyen.

2. Sekiranya memerlukan wakil untuk mengambil foto, WAKIL perlu menyerahkan resit pembelian sebagai bukti dengan meninggalkan nama serta nombor telefon kepada AJK yang bertugas.

3. Lokasi untuk mengambil foto konvokesyen adalah seperti berikut:

            29 Oktober sehingga 29 November 2019
            8.30 hingga 4.30 petang (Waktu Bekerja)
            Studio VAT 2, Level 1 Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS


4. Selepas 29 November 2019, foto konvo yg tidak dituntut akan terus dipos kan kpd pihak graduan mengikut alamat yg telah ditetapkan. Sila kemaskini alamat dan juga no telefon bagi memudahkan AJK Fotografi dan pihak POS LAJU menghubungi graduan kemudian.

5. Pembelian selepas 29 November 2019 tidak akan dilayan.

Tentang Kami

JK Laman Web Konvokesyen

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store