Makluman kepada Graduan

 

Pakej Fotografi Graduan

Graduan dipohon untuk melayari maklumat terkini berkaitan Pakej Fotografi Konvokesyen ke-23 UNIMAS 2019 di pautan Fotografi Graduan.

 

Makluman Etika Pakaian Graduan semasa Majlis Konvokesyen ke-23, 2019

Graduan yang tidak mematuhi Etika Berpakaian semasa di dalam Arena Gemilang akan dikehendaki MENUKAR PAKAIAN DAN DIKENAKAN SEWAAN RM50.00 SEHELAI/SEPASANG.Bayaran sewaan ini perlu dijelaskan di Kaunter Unit Kewangan Pelajar sebelum Graduan dibenarkan untuk mengambil transkrip dan sijil.

 

Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dan Pendaftaran Alumni

Graduan DIWAJIBKAN untuk mengisi dan melengkapkan dengan sempurna Borang Kajian Pengesanan Graduan IPTA 2019 dan Pendaftaran Alumni (secara atas talian). Graduan PERLU mencetak kedua-dua slip Kajian Pengesanan Graduan dan Pendaftaran Alumni dan menyerahkan kedua-dua slip ini di Fakulti masing-masing dalam tempoh peminjaman jubah yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan untuk meminjam jubah. Sila rujuk link Tarikh Penting Majlis Konvokesyen 2019 dan Carta Alir Proses Mendapat Pengesahan Slip Pengesanan.

 

Borang Senarai Semak Peminjaman Jubah (Siswazah)

Graduan PERLU membawa kedua-dua slip Kajian Pengesanan Graduan dan Pendaftaran Alumni serta menyerahkan kedua-dua slip tersebut di Kaunter Pusat Pengajian Siswazah di DeTAR PUTRA. Sila pastikan Borang Senarai Semak Proses Peminjaman Jubah / Borrowing the Graduation Regalia Checklist dibawa bersama untuk tujuan cop pengesahan sebelum graduan menuju ke kaunter kawalan nombor giliran untuk urusan di Bilik Delima, DeTAR PUTRA. Surat Kuasa Pengambilan Jubah dan Transkrip untuk Graduan Pasca boleh dimuat-turun di pautan ini

 

Borang Senarai Peminjaman Jubah (Prasiswazah)

Graduan PERLU membawa kedua-dua slip Kajian Pengesanan Graduan dan Pendaftaran Alumni serta menyerahkan kedua-dua slip tersebut di Fakulti masing-masing. Sila pastikan Borang BPPs-28 (Borang Senarai Semak Peminjaman Jubah) dibawa bersama untuk tujuan cop pengesahan sebelum graduan menuju ke kaunter kawalan nombor giliran untuk urusan di Bilik Jubah, DeTAR PUTRA. 

Kad Jemputan dan Pekeliling Pendaftar

Kad Jemputan beserta buku Pekeliling Pendaftar yang mengandungi maklumat penting Konvokesyen tidak akan dihantar kepada graduan melalui pos. Maklumat dalam Pekeliling Pendaftar telah dimuatnaik ke Laman Web Rasmi Konvo bawah pautan Pekeliling Pendaftar.

 

Makluman Etika Pakaian Graduan PALAPES dan SUKSIS semasa Majlis Konvokesyen ke-23, 2019

Sila ambil maklum bahawa dengan mengambilkira kesesuaian upacara akademik dan selaras dengan teguran pihak ATM sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvokesyen telah memutuskan agar pemakaian pakaian istiadat ketenteraan dan gelaran serta jawatan yang tidak berkaitan dengan Majlis Konvokesyen yang bersifat akademik tidak akan digunakan semasa istiadat rasmi Konvokesyen. Gelaran-gelaran ini bolehlah dipakai bagi tujuan dan upacara lain selain daripada Majlis Konvokesyen. Sehubungan itu, graduan yang telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PALAPES dan Inspektor Sukarelawan SUKSIS hendaklah memakai pakaian awam sepertimana yang telah ditetapkan dalam Etika Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen.

Sekian, terima kasih

Tentang Kami

JK Laman Web Konvokesyen

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store