6. Peminjaman/Pemulangan Jubah

6.1 Peraturan Am 

6.1.1 Peminjaman dan pemulangan jubah MESTI mematuhi tarikh yang ditetapkan.

6.1.2 Peminjaman jubah oleh graduan MESTI disertakan

    i. Salinan Resit Asal Bayaran Yuran Konvo
    ii. Borang Senarai Semak Proses Peminjaman Jubah (Lampiran 3 atau Lampiran 4)

6.1.3 Peminjaman jubah oleh wakil atau pihak ketiga hendaklah disertakan

    i. Salinan Resit Asal Bayaran Yuran Konvo
    ii. Borang Senarai Semak Proses Peminjaman Jubah (Lampiran 3 atau Lampiran 4))
    iii. Borang Kuasa Yang Ditandatangani Oleh Pelajar Yang Mewakilkan (Lampiran 5); dan
    iv. Salinan Kad Pengenalan Wakil.

6.1.4 Seorang graduan/wakil hanya dibenarkan mengambil 3 helai jubah termasuk untuk diri sendiri.

6.1.5 Graduan TIDAK DIBENARKAN meminda/mengubah mana-mana bahagian jubah yang disewa

6.1.6 Semua graduan hendaklah memastikan jubah yang disewa berkeadaan baik. Aduan kerosakan jubah selepas menandatangani borang sewa jubah tidak akan dilayan.

6.1.7 Nombor inventori jubah yang disewa MESTILAH sama dengan nombor inventori jubah yang dipulangkan. Pelajar dinasihatkan agar tidak bertukar Jubah, Mortar Board atau Beefeater dengan rakan yang lain.

6.1.8 Kadar caj berikut akan dikenakan kepada graduan bagi kes kehilangan/kerosakan Jubah/Mortar Board/Beefeater. Sijil Ijazah tidak akan dikeluarkan kepada graduan sehingga bayaran tersebut dijelaskan.

Perkara Kadar Caj (RM)
Kehilangan Jubah 1,000.00
Kehilangan/Kerosakan Mortar Board/Beefeater 100.00
Kerosakan Songket/Pengubahsuaian Jubah 50.00
Kerosakan Zip 50.00

6.2 Graduan Prasiswazah 

6.2.1 Saudara/i dikehendaki melayari pautan http://www.unimas.my/convocation bagi membuat:

    i. Tempahan tarikh kehadiran bagi peminjaman jubah
    ii. Pengesahan ke Majlis Konvokesyen secara atas talian

6.2.2 Tarikh peminjaman jubah graduan prasiswazah adalah seperti berikut:

Aktiviti Tarikh/Masa Lokasi
Peminjaman
Jubah
21 - 25 Oktober 2019
(Isnin hingga Jumaat)
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
2.30 petang hingga 4.00 petang

26 - 27 Oktober 2019
(Sabtu - Ahad)
8.30 pagi hingga 2.00 petang 
Dewan Delima,
DeTAR PUTRA


PERGERAKAN DALAM DEWAN BAGI PEMINJAMAN JUBAH PRASISWAZAH 2019

Carta Alir Peminjaman Jubah

6.2.3 Semasa Pemulangan Jubah Prasiswazah

Aktiviti Tarikh/Masa Lokasi

Pemulangan

28 Oktober- 1 November 2019
(Isnin - Jumaat)
8.30 pagi hingga 12.30 petang
2.30 petang - 4.30 petang
Bilik Jubah
DeTAR PUTRA
4 - 8 November 2019
(Isnin - Jumaat)
8.30 pagi hingga 12.30 petang
2.30 petang - 4.30 petang

Pemulangan
(Berdenda)

Pemulangan selepas 8 November 2019

Nota:
i. Denda sebanyak RM10.00 sehari akan dikenakan bermula 9 November 2019 (Sabtu)

ii. Pejabat am BPPs dibuka pada HARI BEKERJA sahaja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPs)



6.3 Graduan Siswazah 

6.3.1 Tarikh peminjaman jubah adalah seperti berikut:

Aktiviti Tarikh/Masa Lokasi
Peminjaman
Jubah
21 - 25 Oktober 2019
(Isnin hingga Jumaat)
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
2.30 petang hingga 4.00 petang

26 - 27 Oktober 2019
(Sabtu - Ahad)
8.30 pagi hingga 2.00 petang 
Dewan Delima,
DeTAR PUTRA

6.3.2 Semasa Pemulangan Jubah Prasiswazah

Aktiviti Tarikh/Masa Lokasi

Pemulangan

28 Oktober 2019
(Isnin)
8.30 pagi hingga 4.30 petang
Bilik Jubah
DeTAR PUTRA
29 Oktober – 29 November 2019
(Selasa - Jumaat)
8.30 pagi hingga 4.30 petang
Pusat Pengajian Siswazah

Pemulangan
(Berdenda)

Pemulangan selepas 8 November 2019

Nota:
i. Denda sebanyak RM10.00 sehari akan dikenakan bermula 9 November 2019 (Sabtu)

ii. Pejabat am PPS dibuka pada HARI BEKERJA sahaja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Pusat Pengajian Siswazah

Tentang Kami

JK Laman Web Konvokesyen

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store