12. Pengambilan Gambar Majlis Konvokesyen

 

12.1 Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar atau meminta orang lain berbuat demikian untuk pihaknya semasa sidang berlangsung.

12.2 Semua pengambilan foto semasa Majlis Konvokesyen berlangsung akan diuruskan oleh jurugambar yang dilantik oleh UNIMAS.

12.3 Graduan perlu mengikut etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh Universiti dan MEMASTIKAN rambut panjang diikat rapi dan kemas atau menggunakan klip bahagian sisi kanan, mata terbuka dan senyum semasa mengambil transkrip di atas pentas.

12.4 Graduan boleh membuat pembelian foto konvokesyen secara tunai atau di atas talian bermula 21 Oktober sehingga 29 November 2019. Pembelian selepas tarikh ini tidak akan dilayan untuk memudahkan proses pembayaran, cetakan dan tuntutan serta pengeposan gambar. Tarikh, kaedah, dan lokasi pembayaran Foto Konvokesyen adalah seperti berikut :

Perkara Kaedah Pembayaran Lokasi
21 - 25 Oktober 2019
Isnin – Jumaat
8.30 am – 4.30 pm
Tunai DeTAR Putra, UNIMAS
26 - 27 Oktober 2019
Sabtu & Ahad
8.30 am – 2.00 pm
DeTAR Putra, UNIMAS
28 Oktober - 29 November 2019
Isnin & Selasa
8.30 am – 4.30 pm
Studio VAT 2, Level 1, FSGK
21 Oktober - 29 November 2019 24 jam (akan dikemaskini 3 hari waktu bekerja) Atas Talian


12.5 Bagi pembelian sebelum sidang, tuntutan foto konvokesyen diambil dua hari selepas sidang masing-masing. Pembelian selepas sidang secara automatik akan diposkan mengikut alamat yang telah disediakan oleh graduan sendiri.

Lokasi dan jadual untuk mengambil foto konvokesyen adalah seperti berikut:

Tarikh Lokasi
29 Oktober sehingga 29 November 2019
8.30 pagi hingga 4.30 petang
Studio VAT 2, Level 1 Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS
Tel : 082 581 333
(Puan Suhaida binti Suib)
Tel : 082 581 294 (Studio VAT 2)
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


12.6 Graduan hendaklah menunjukkan resit sebagai bukti pembelian semasa menuntut foto konvokesyen.

12.7 Sekiranya memerlukan wakil untuk mengambil foto, WAKIL perlu menyerahkan resit pembelian sebagai bukti dengan meninggalkan nama serta nombor telefon kepada AJK yang bertugas.

*** Sila klik untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Fotografi Graduan.

Tentang Kami

JK Laman Web Konvokesyen

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store