• Laman Utama
  • Tuntutan Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik

 

10. Tuntutan Sijil Ijazah Dan Transkrip Akademik

 

10.1 Graduan yang HADIR boleh menuntut sijil Ijazah dan Transkrip masing-masing sebaik sahaja selesai sidang Majlis Konvokesyen tertakluk kepada syarat :

      i. Graduan telah mengembalikan jubah/mortar board/beefeater dalam keadaan sempurna.
      ii. Semua hutang dengan UNIMAS sudah dibuat bayaran.

Tuntutan Sijil Ijazah/transkrip boleh dibuat di lokasi pada tarikh seperti berikut;

Ijazah dan Transkrip  Tarikh  Lokasi Tuntutan
Ijazah Sarjana Muda

29 Oktober - 8 November 2019 Bilik Jubah, DeTAR PUTRA
Bermula 11 November 2019 Kaunter Bahagian Pengajian Prasiswazah,
Aras G, Bangunan Canselori

Sarjana dan PhD
28 Oktober 2019 Bilik Jubah, DeTAR PUTRA
Bermula 29 Oktober 2019 Pusat Pengajian Siswazah

10.2 Graduan bertanggungjawab memastikan Sijil Ijazah, Transkrip dan lain-lain dokumen adalah dalam keadaan sempurna sebelum meninggalkan kaunter. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan selepas daripada itu.

10.3 Tuntutan Sijil Ijazah dan Transkrip hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Majlis Konvokesyen. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan ke atas sijil Ijazah dan Transkrip selepas tempoh tersebut.

10.4 Graduan yang TIDAK HADIR untuk menuntut Sijil Ijazah dan Transkrip boleh:

i. Memberi surat kuasa kepada wakil dengan dikepilkan 1 salinan kad pengenalan wakil. Wakil graduan bertanggungjawab memastikan sijil Ijazah, Transkrip dan lain-lain dokumen adalah dalam keadaan sempurna sebelum meninggalkan kaunter. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan ke atas sijil Ijazah dan Transkrip saudara/saudari selepas itu.

ATAU

ii. Mengemukakan permohonan melalui surat kepada Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengajian Prasiswazah atau Timbalan Pendaftar Pusat Pengajian Siswazah. Setelah kelulusan daripada universiti berkaitan surat tersebut diperolehi, graduan dikehendaki membuat pembayaran Yuran Graduasi (sebanyak RM100.00) melalui kaedah yang telah dinyatakan pada perkara 9.4. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa proses penghantaran. Semua urusan penghantaran Sijil Ijazah dan Transkrip akan dibuat melalui surat berdaftar/courier service.

10.5 Graduan yang masih berhutang dikehendaki menjelaskan semua hutang dengan UNIMAS terlebih dahulu sebelum Sijil Ijazah dan Transkrip dihantar.

Tentang Kami

JK Laman Web Konvokesyen

camera icon

JK Fotografi

Jurufoto
Laman web ini telah dikemaskini kepada pengetahuan terbaik kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, Universiti Malaysia Sarawak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Telephone: +60 82 58 1000 | +60 82 58 1388
Fax: +60 82 665 088
Email: corporate@unimas.my

Find us at :

Apple App Store

Google Play Store