COVID-19 UPDATES
MAKLUMAN TERKINI COVID-19 UNIMAS
Penerbitan dan e-poster
Garis Panduan Kes COVID-19 di UNIMAS
Waktu Operasi Kolej di UNIMAS
Pengoperasian Pejabat di UNIMAS
Kenyataan Rasmi/Media
1 Jun-14 Jun 2021
Quicklinks
Prosedur Operasi Standard (SOP) Menangani Penularan COVID-19
UNIMAS Hotline during Movement Control Order
SOP terkini daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak
Ekot SOP, Ngintu Sama Dirik
Pemakaian
Untuk merangka panduan pengoperasian Pusat Tanggung Jawab (PTj), semua staf dan pelajar diminta untuk mematuhi panduan umum ini serta lain-lain panduan serta rujukan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan universiti dari semasa ke semasa.
Pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP)
Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf dan pelajar yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang dikuat kuasakan.
Tarikh kuat kuasa
12 Oktober 2020 sehingga satu tempoh yang akan ditentukan oleh universiti.

Daftar Kehadiran

Penjarakan Fizikal
Penjarakan fizikal yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Pemeriksaan Suhu

Saringan Gejala
Yang bergejala TIDAK DIBENARKAN masuk ke kampus.

Kebersihan Tangan

Pembersihan dan Nyah Kuman
Disinfeksi permukaan bekerja sebelum memulakan tugas dan selepas aktiviti seharian.


PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UNTUK PELAJAR
KEMASUKAN
Urusan pergerakan masuk pelajar adalah tertakluk kepada situasi terkin dan arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis KeselamatanNegara (MKN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Neheri Sarawak (JPBNS) berkaitan perjalanan masuk ke Negeri Sarawak. Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada Garis Panduan Pergerakan Pelajar Kembali Ke Kampus UNIMAS, yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KE KAMPUS UNIMAS
- Semua pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan atas talian “Campus Entry Management UNIMAS” di pautan entry.ia.unimas.my bagi tujuan permohonan masuk ke kampus.
- Semua laluan keluar masuk ke kampus akan dikawal selia bagi memudahkan pemantauan pelajar dan pengesanan kontak.
KUARANTIN
Makanan akan dihantar terus ke bilik kuarantin.
Proses kerja kuarantin untuk pelajar adalah seperti berikut:
- Pelajar yang WAJIB menjalani kuarantin berdasarkan kepada protokol semasa Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS /Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan menerima makluman dari pihak Pusat Kesihatan UNIMAS.
- Memaklumkan kolej-kolej yang berkenaan.
- Menguruskan perpindahan pelajar ke kediaman khas kuarantin.
- Menguruskan ujian calitan (swab test), jika diperlukan.
- Menguruskan proses tamat kuarantin.
SARINGAN KESIHATAN
Pusat Khidmat Pelajar perlu memaklumkan kepada Pusat Kesihatan UNIMAS perincian pelajar yang akan masuk ke kampus sehari sebelum pergerakan pelajar masuk ke kampus.
Pusat Kesihatan UNIMAS akan menentukan lokasi saringan kesihatan dan dimaklumkan kepada Pengetua Kolej Kediaman.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERSEMUKA
- Pelajar perlu mendaftar keberadaan di Fakulti, Institut melalui aplikasi UNIMAS WeCare dan menjalani pemeriksaan suhu badan di kaunter khas di Fakulti/Institut masing-masing.
- Pelajar yang bergejala (batuk, selsema, sakit tekak, sukar bernafas, hilang deria rasa dan deria bau) serta suhu badan melebihi 37.5°C TIDAK DIBENARKAN masuk ke Kampus/Fakulti/Institut dan perlu dirujuk ke Pusat Kesihatan UNIMAS. Hand sanitiser perlu disediakan di setiap lokasi pemeriksaan.
- Setibanya di bilik kuliah/makmal/studio/bengkel, pelajar perlu mendaftar keberadaan sekali lagi melalui aplikasi UNIMAS WeCare.
- Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.0 meter perlu dipatuhi di dalam bilik kuliah/makmal/studio/bengkel.
- Penggunaan pelitup muka adalah WAJIB untuk semua pelajar semasa pembelajaran bersemuka atau semasa di makmal/studio/bengkel.
- Pembersihan dan disinfeksi secara berjadual di ruang pembelajaran dan makmal/studio/bengkel perlu dilaksanakan.
PEPERIKSAAN
Hand sanitiser perlu disediakan di pintu masuk.
Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.0 meter perlu dipatuhi.
Sekiranya pelajar didapati bergejala (demam, batuk, sakit tekak, sukar bernafas, selsema, hilang deria rasa dan deria bau), tetapi boleh meneruskan peperiksaan:-
- Pelajar perlu diasingkan untuk menduduki peperiksaan di bilik lain.
- Pelajar dan staf yang ditugaskan untuk memantau perlu memakai pelitup muka.
- Bilik yang digunakan hendaklah dibuka tingkap untuk pengudaraan yang baik. Centralised air conditioning TIDAK DIBENARKAN.
SUKAN DAN AKTIVITI
- Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS
- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
- Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Aktiviti pelajar termasuk kelab, persatuan, sukan dan kokurikulum seperti berikut adalah TIDAK DIBENARKAN:
- Dilaksanakan secara bersemuka dan berkumpulan, dengan jumlah penyertaan > 50 peserta
- Melebihi 50% kapasiti ruang
Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
AMALAN DI KOLEJ KEDIAMAN
- Mengelakkan 3S (jauhi kawasan yang sesak, elak kawasan yang sempit dan elak sembang dengan jarak yang dekat).
- Memastikan tiada kesesakan (overcrowding) di tandas dan bilik mandi.
- Memastikan semua sampah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.
AMALAN DI PREMIS MAKANAN
- Digalakkan makanan dibeli secara bawa balik (take away).
- Digalakkan pembayaran secara digital (cashless).
- Premis kedai makanan perlu meletakkan penanda jarak fizikal di lantai, meja dan tempat duduk bagi memastikan penjarakan dikekalkan di antara anggota.
- Meja hendaklah disusun dengan jarak 2.0 meter.
- Premis kedai makanan perlu menyediakan sabun atau hand sanitiser yang mencukupi.
- Staf premis kedai makan perlu menyaji makanan kepada pelajar dan TIDAK membenarkan pelajar mengambil makanan sendiri.
PERGERAKAN KELUAR MASUK
Adalah tertakluk kepada situasi pandemik COVID-19 dan arahan semasa dari:
- Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS
- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
- Majlis Keselamatan Negara (MKN)
NEGERI SARAWAK (termasuk balik ke kampung halaman dalam Negeri Sarawak)
Sebelum
- Pelajar perlu merujuk kepada nasihat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkaitan perjalanan masuk ke Negeri Sarawak.
- Pelajar memohon kebenaran perjalanan daripada Pengerusi Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS melalui Dekan/Pengarah Fakulti/Institut masing-masing.
PERGERAKAN KELUAR MASUK
- Sentiasa membawa pelitup muka dan hand sanitiser.
- Mengelakkan tempat yang sesak dan kontak rapat dengan individu yang bergejala.
- Mendapatkan pemeriksaan/rawatan perubatan dengan segera sekiranya merasa kurang sihat.
- Mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS.
- Mendapatkan pemeriksaan/rawatan perubatan dengan segera sekiranya mengalami gejala (demam, batuk, sakit tekak, selsema, hilang deria rasa dan deria bau, sukar bernafas), dalam masa 14 hari setelah kembali dari lawatan.
PENGANJURAN KEGIATAN PELAJAR
- Permohonan penganjuran aktiviti pelajar menerusi kelab/persatuan/sektretariat berdaftar UNIMAS adalah masih kekal seperti prosedur sedia-kala iaitu dengan memajukan permohonan kepada Pusat Khidmat Pelajar untuk semakan dan kelulusan.
- Bermula 20 Oktober 2020, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian iaitu dengan memuat naik kertas kerja yang lengkap dan dimajukan kepada Unit Kegiatan Pelajar menerusi emel setelah diperakukan oleh Penasihat (emel oleh Penasihat sahaja).
PENGANJURAN KEGIATAN PELAJAR
- Dalam menyediakan kertas kerja permohonan penganjuran kegiatan pelajar, perhatian khusus hendaklah diberi kepada aspek kegiatan/aktiviti pelajar yang melibatkan perkumpulan orang ramai dalam satu-satu aktiviti. Rujukan hendaklah dibuat kepada peraturan sedia ada kerajaan berkenaan SOP Am Pelaksanaan Majlis Kerajaan dan Swasta, serta SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial, selain mengamalkan normal baharu iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, sentiasa membasuh tangan, tidak menyertai aktiviti sekiranya sakit, tidak mengalakkan penyertaan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah atau warga emas, dan elak 3S/C iaitu kawasan Sesak, kawasan Sempit dan Sembang dekat.
- Penganjuran aktiviti yang melibatkan peserta luar adalah TIDAK dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UNTUK STAF
KEMASUKAN KE NEGERI SARAWAK
KUARANTIN
- Staf yang menerima perintah kuarantin/Stay Home Notice (secara lisan atau bertulis) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memaklumkan Pendaftar dan Pusat Kesihatan UNIMAS.
- Staf TIDAK dibenarkan sama sekali kembali bertugas sehingga mendapat Release Order Notice (secara lisan atau bertulis) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini perlu dimaklumkan kepada Pendaftar dan Pusat Kesihatan UNIMAS.
SARINGAN KESIHATAN
Staf perlu sentiasa peka dengan maklumat terkini COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa. Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS.
SARINGAN KESIHATAN
- Maklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab.
- Pakai pelitup muka.
- Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
- Elakkan kontak dengan rakan sekerja.

PENGANJURAN AKTIVITI DI KAMPUS
- Staf yang berhasrat untuk menganjurkan aktiviti (termasuk kursus, bengkel, seminar dsb) perlu memohon kelulusan dari Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS secara dalam talian, melalui pautan myactivity.ia.unimas.my. Permohonan perlu diisi 7 hari sebelum aktiviti dijalankan.
- Penganjuran aktiviti (termasuk kursus, bengkel, seminar) yang melibatkan peserta luar adalah TIDAK dibenarkan dalam tempoh PKPP ini.
PERJALANAN KELUAR NEGERI SARAWAK
- Staf perlu merujuk kepada nasihat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkaitan perjalanan masuk ke Negeri Sarawak.
- Staf WAJIB memohon kelulusan daripada Naib Canselor UNIMAS untuk perjalanan ke luar Negeri Sarawak, termasuk untuk menjalankan tugas rasmi dan urusan peribadi.
PERJALANAN KELUAR NEGERI SARAWAK
- Sentiasa membawa pelitup muka dan hand sanitiser.
- Mengelakkan tempat yang sesak dan kontak rapat dengan individu yang bergejala.
- Mendapatkan pemeriksaan/rawatan perubatan dengan segera sekiranya merasa kurang sihat.
PERJALANAN KELUAR NEGERI SARAWAK
- Mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
- Mendapatkan pemeriksaan/rawatan perubatan dengan segera sekiranya bergejala (demam, batuk, sakit tekak, selsema, hilang deria rasa dan deria bau, sukar bernafas), dalam masa 14 hari setelah kembali dari lawatan.
RUANG FASILITI DAN PERKHIDMATAN DI UNIMAS

MAKMAL SAINS
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan sebelum aktiviti makmal bermula. Perkhidmatan kontraktor pembersihan professional boleh digunakan oleh fakulti, institut serta pusat.
- Menyediakan hand sanitiser/disinfecting kits dan alat saringan suhu badan di pintu masuk, ruang makmal dan semua kawasan umum. Semua makmal perlu memastikan aliran pengudaraan yang baik.
MAKMAL SAINS
- Menyediakan tanda jarak 1.0 meter di lantai, meja dan kerusi khususnya di ruang makmal.
- Mengira kapasiti pengguna makmal pada satu-satu masa mengikut jarak selamat melalui aplikasi UNIMAS WeCare.
- Memastikan bahan keperluan makmal mencukupi dan peralatan makmal berada dalam keadaan baik.
- Menyediakan jadual penggunaan serta penggiliran penggunaan makmal.
MAKMAL SAINS
- Meletakkan signage/poster bagi mengingatkan keperluan penjarakan fizikal, amalan 3W elakkan 3C dan pematuhan peraturan makmal.
- Memaklumkan maklumat operasi makmal di laman web dan melalui media sosial fakulti, institut serta pusat.
MAKMAL SAINS
Semasa makmal dibuka
- Memastikan hand sanitiser/disinfecting kits disediakan dipintu masuk, ruang makmal/kerja dan semua kawasan umum.
- Melaksanakan saringan bagi mengesan gejala berkaitan COVID-19 seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak, sesak nafas, hilang deria rasa dan deria bau setiap hari.
MAKMAL SAINS
- Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk premis. Pelajar yang mempunyai suhu badan 37.5°C ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke PKU dan TIDAK dibenarkan masuk ke makmal.
- Pemakaian pelitup muka oleh setiap pelajar dan staf di ruang makmal dan semua kawasan umum adalah diWAJIBkan. Bagi pelajar yang mengendalikan bahan kimia, penggunaan respirator P95 adalah diwajibkan.
- Memastikan penjarakan fizikal dipatuhi.
MAKMAL SAINS
- Memastikan kapasiti pengguna makmal pada satusatu masa mengikut jarak selamat dan mengikut jadual penggiliran yang ditetapkan.
- Menggunakan laluan keluar-masuk yang ditetapkan dan merekodkan pergerakan berkenaan.
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara berkala.
MAKMAL SAINS
- Memastikan semua pengguna keluar setelah masa penggunaan tamat.
- Memastikan kuantiti hand sanitiser dan keperluan lain mencukupi untuk hari berikutnya.
- Membuat proses disinfeksi pada meja peralatan, tombol pintu, kerusi dan lain-lain peralatan yang yang berisiko untuk dipegang.
MAKMAL SAINS
- Memastikan jadual penggunaan dan penggiliran makmal untuk hari berikutnya dinyatakan di laman web dan media sosial fakulti, institut dan pusat.
- Merekod aktiviti pengujian dan persampelan yang menggunakan peralatan elektrik yang melebihi 4 jam dan memastikan peralatan tersebut padam secara automatik sebaik ujian selesai.
- Memastikan bahan keperluan makmal mencukupi dan peralatan makmal berada dalam keadaan baik untuk hari berikutnya dan membuat laporan kerosakan sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan.

MAKMAL KOMPUTER
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan sebelum aktiviti makmal bermula. Perkhidmatan kontraktor pembersihan professional boleh digunakan oleh fakulti dan pusat.
- Menyediakan hand sanitiser/disinfecting kits dan alat saringan suhu badan di pintu masuk, ruang makmal dan semua kawasan umum. Semua makmal perlu memastikan aliran pengudaraan yang baik.
- Menyediakan tanda jarak 1.0 meter di lantai, meja dan kerusi khususnya di ruang makmal.
MAKMAL KOMPUTER
- Mengira kapasiti pengguna makmal pada satu-satu masa mengikut jarak selamat. Memastikan bahan keperluan makmal mencukupi dan peralatan makmal berada dalam keadaan baik.
- Menyediakan jadual penggunaan serta penggiliran penggunaan makmal.
- Meletakkan signage/poster bagi mengingatkan keperluan penjarakan fizikal, amalan 3W elakkan 3C dan mematuhi peraturan makmal.
- Memaklumkan maklumat operasi makmal di laman web dan media sosial fakulti dan pusat.
MAKMAL KOMPUTER
- Memastikan hand sanitiser/disinfecting kits disediakan di pintu masuk, ruang makmal dan semua kawasan umum.
- Melaksanakan saringan bagi mengesan gejala berkaitan COVID-19 seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak atau sesak nafas, hilang deria rasa aau deria bau setiap hari.
MAKMAL KOMPUTER
- Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk premis. Pelajar serta staf yang mempunyai suhu badan 37.5°C ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke Pusat Kesihatan UNIMAS danTIDAK dibenarkan memasuki makmal.
- Pemakaian pelitup muka oleh setiap pelajar dan staf di ruang makmal dan semua kawasan umum adalah diWAJIBkan.
- Memastikan penjarakan fizikal dipatuhi.
MAKMAL KOMPUTER
- Memastikan kapasiti pengguna makmal pada satusatu masa mengikut jarak selamat dan mengikut jadual penggiliran yang ditetapkan.
- Menggunakan laluan keluar masuk yang ditetapkan dan merekodkan pergerakan berkenaan.
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara berkala.
MAKMAL KOMPUTER
- Memastikan semua pengguna keluar setelah masa penggunaan tamat.
- Memastikan kuantiti hand sanitiser dan keperluan lain mencukupi untuk hari berikutnya.
- Membuat proses disinfeksi pada meja, peralatan, skrin sentuh, monitor, papan kekunci, tombol pintu, kerusi dan lain-lain peralatan yang berisiko untuk disentuh.
MAKMAL KOMPUTER
- Memastikan jadual penggunaan dan penggiliran makmal untuk hari berikutnya dinyatakan di laman web dan media sosial fakulti dan pusat.
- Memastikan peralatan makmal berada dalam keadaan baik untuk hari berikutnya dan membuat laporan kerosakan sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan.

STUDIO
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan sebelum aktiviti studio bermula. Perkhidmatan kontraktor pembersihan professional boleh digunakan oleh fakulti.
- Menyediakan hand sanitiser/disinfecting kits dan alat saringan suhu badan di pintu masuk, ruang studio dan semua kawasan umum. Semua studio perlu memastikan aliran pengudaraan yang baik.
- Menyediakan tanda jarak 1.0 meter di lantai, meja dan kerusi khususnya di ruang studio.
STUDIO
- Mengira kapasiti pengguna studio pada satu-satu masa mengikut jarak selamat.
- Memastikan keperluan peralatan studio mencukupi dan dalam keadaan baik.
- Menyediakan jadual penggunaan serta penggiliran studio.
- Meminimumkan masa bekerja di studio.
- Meletakkan signage/poster bagi mengingatkan keperluan penjarakan fizikal, amalan 3W elakkan 3C dan mematuhi peraturan studio.
- Memaklumkan maklumat operasi studio di laman web dan media sosial fakulti.
STUDIO
- Memastikan hand sanitiser/disinfecting kits disediakan di pintu masuk, ruang studio dan semua kawasan umum.
- Melaksanakan saringan bagi mengesan gejala berkaitan COVID-19 seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak sesak nafas, hilang deria rasa atau deria bau setiap hari. Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk premis. Pelajar dan staf yang mempunyai suhu badan 37.5°C ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke PKU dan TIDAK dibenarkan memasuki studio.
STUDIO
- Pemakaian pelitup muka oleh setiap pelajar dan staf di ruang makmal dan semua kawasan umum adalah diWAJIBkan.
- Memastikan penjarakan fizikal dipatuhi.
- Memastikan kapasiti pengguna makmal pada satusatu masa mengikut jarak selamat dan mengikut jadual penggiliran yang ditetapkan. Setiap ruang studio ditentukan had kapasiti tertentu berdasarkan penjarakan sosial iaitu 1.0 meter dari setiap jarak meja kerja studio pelajar tidak termasuk laluan. Disarankan bilangan pengguna 50% dari kapasiti biasa.
STUDIO
- Menggunakan laluan keluar masuk yang ditetapkan dan merekodkan pergerakan berkenaan.
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara berkala.
STUDIO
- Memastikan semua pengguna keluar setelah masa penggunaan tamat. Pengguna studio perlu mengambil semua peralatan peribadi yang digunakan di studio untuk projek. Tidak dibenarkan menyimpan sebarang barang atau bahan projek di studio.
- Memastikan kuantiti hand sanitiser dan keperluan lain mencukupi untuk hari berikutnya.
- Membuat proses disinfeksi pada meja, peralatan, tombol pintu, kerusi dan lain-lain peralatan yang berisiko untuk disentuh.
STUDIO
- Memastikan jadual penggunaan dan penggiliran makmal untuk hari berikutnya dinyatakan di laman web dan media sosial fakulti.
- Memastikan peralatan studio berada dalam keadaan baik untuk hari berikutnya dan membuat laporan kerosakan sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan.

BILIK / DEWAN KULIAH
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan sebelum kuliah bermula. Perkhidmatan kontraktor pembersihan professional boleh dibuat oleh fakulti, institut dan pusat.
- Menyediakan hand sanitiser/disinfecting kits dan alat saringan suhu badan di pintu masuk dewan kuliah dan bilik kuliah. Semua dewan kuliah dan bilik kuliah perlu memastikan aliran pengudaraan yang baik.
BILIK / DEWAN KULIAH
- Menyediakan tanda jarak 1.0 meter di lantai, meja dan kerusi. Kerusi yang tidak dapat diubah kedudukan perlu ditanda dengan tanda ‘X’ dan tidak boleh digunakan.
- Mengira kapasiti pelajar pada satu-satu masa mengikut jarak selamat.
- Memastikan dewan kuliah dan bilik kuliah berada dalam keadaan baik dan selamat.
- Menyediakan jadual penggunaan dan penggiliran dewan kuliah dan bilik kuliah.
BILIK / DEWAN KULIAH
- Meletakkan signage/poster bagi mengingatkan keperluan penjarakan fizikal, amalan 3W elakkan 3C dan mematuhi peraturan dewan kuliah dan bilik kuliah.
- Memaklumkan maklumat operasi dewan kuliah dan bilik kuliah di laman web dan media sosial fakulti, institut dan pusat.
BILIK / DEWAN KULIAH
- Memastikan hand sanitiser/disinfecting kits disediakan di pintu masuk dewan kuliah dan bilik kuliah.
- Melaksanakan saringan bagi mengesan gejala berkaitan COVID-19 seperti demam, batuk,selsema, sakit tekak,sesak nafas, hilang deria rasa atau deria bau setiap hari. Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk. Pelajar yang mempunyai suhu badan 37.5°C ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke Pusat Kesihatan UNIMAS dan TIDAK
BILIK / DEWAN KULIAH
- Pemakaian pelitup muka oleh setiap pelajar dan staf adalah diwajibkan.
- Memastikan penjarakan fizikal dipatuhi.
- Aktiviti berkumpulan boleh dibuat dalam kapasiti tidak melebihi 5 orang.
- Memastikan kapasiti dewan kuliah dan bilik kuliah pada satu-satu masa mengikut jarak selamat dan mengikut jadual kuliah yang ditetapkan.
BILIK / DEWAN KULIAH
- Menggunakan laluan keluar masuk yang ditetapkan dan merekodkan pergerakan berkenaan.
- Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara berkala.
BILIK / DEWAN KULIAH
- Memastikan semua pengguna keluar setelah masa penggunaan tamat.
- Memastikan kuantiti hand sanitiser dan keperluan lain mencukupi untuk hari berikutnya.
- Membuat proses disinfeksi pada meja, kerusi, tombol pintu dan lain-lain peralatan yang berisiko untuk disentuh.
BILIK / DEWAN KULIAH
- Memastikan jadual penggunaan dewan kuliah dan bilik kuliah untuk hari berikutnya dinyatakan di laman web dan media sosial fakulti, institut dan pusat.
- Memastikan dewan kuliah dan bilik kuliah berada dalam keadaan baik untuk hari berikutnya dan membuat laporan kerosakan sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan.

RUANG PEJABAT
- Pemeriksaan Suhu Badan
- Penggunaan Hand Sanitiser
- Pemakaian Pelitup Muka
- Penjarakan Fizikal
- Pembersihan Dan Sanitasi
BILIK MESYUARAT
- Tidak boleh melebihi 50% kapasiti ruang mesyuarat.
- Mesti memakai pelitup muka sepanjang masa.
- Menggunakan hand-sanitiser.
- Mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.0 meter.
BILIK MESYUARAT
- Memastikan rekod daftar kehadiran ke mesyuarat diambil.
- Membuat pembersihan dan disinfeksi ruang bilik mesyuarat sebelum dan selepas bilik mesyuarat digunakan.
LIF
- Kawalan Bilangan Pengguna Dan Penjarakan Fizikal
- Pembersihan Dan Disinfeksi

RUANG SOLAT / SURAU
- Memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.0 meter dipatuhi dan tidak boleh melebihi 50% kapasiti ruang solat.
- Memastikan pengguna tidak bersalaman atau bersentuhan.
- Memastikan surau dibersihkan/disanitasikan sekurangkurangnya dua (2) kali sehari mengikut garis panduan yang disediakan oleh Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS.
RUANG SOLAT / SURAU
- Menyediakan sabun untuk mencuci tangan atau hand sanitiser di dalam surau.
- Membawa telekung dan sejadah sendiri.
Muat turun

Prosedur Operasi Standard (SOP) Menangani Penularan COVID-19
UNIMAS Hotline during Movement Control Order
Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat (PKPB)



