Senah Rayang

Senah Rayang

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus menyuburkan peranannya sebagai pusat pengajian terulung di negeri itu dengan melaksanakan program khidmat komuniti di Kampung Senah Rayang, pada 5 dan 6 Ogos 2022. Program outreach khidmat komuniti yang dijalankan selama dua hari itu adalah demi menyahut hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memasyarakatkan universiti sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di negeri Sarawak.

Program Khidmat Komuniti UNIMAS ini disertai oleh staf daripada Pusat Khidmat Pelajar (PKP), Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS menjalankan pelbagai aktiviti seperti ceramah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma, aktiviti dan pameran kesihatan interaktif seperti Demonstrasi bantuan awalan pernafasan (CPR), pameran STEM untuk para pelajar sekolah, aktiviti sukaneka dan pemberian bakul makanan kepada golongan B40 Kampung Senah Rayang.

Turut hadir Ketua Kampung, Kampung Senah Rayang, Padawan, Johari Mohd Jeprydin yang amat mengalu-alukan penglibatan UNIMAS bersama komuniti sebagai pendedahan awal berkenaan pendidikan tinggi dan peluang pengajian kepada golongan muda di kampung.

Semoga usaha murni UNIMAS dan KPT ini telah memberi manfaat kepada penduduk setempat dan diteruskan lagi pada masa hadapan.

UNIMAS – A Community-driven University for a Sustainable World

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Universiti Malaysia Sarawak,
94300, Kota Samarahan,
Sarawak, Malaysia
Email : corporate@unimas.my
Tel : +60 82 58 1000

Publish modules to the "offcanvs" position.